Sila klik

Thursday 11 April 2013

5 Kebaikan Merokok - biar betul

PANEH MIANG©: 5 Kebaikan Merokok

Biar betul


  1. Merokok dapat mengurangkan risiko menjalani pembedahan lutut.
  2. Merokok mengurang risiko terkena penyakit Parkinson.
  3. Merokok juga mengurangkan risiko mengalami obesiti.
  4. Merokok mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.
  5. Merokok membantu ubat 'clopidogrel' berfungsi dengan baik.
Biar betol, paneh.blogspot.com. Kena buat survey dan research. Nak hisap rokok boleh, kena rokok yang berdaftar, bukan rokok jalanan, rokok seludup atau rokok palsu. Yang sangat penting lebih baik tidak merokok. Hihihi

Waduh ! Sampai semua rongga berasap

Kucing pun nak dapat 5 kebaikan.

Wednesday 10 April 2013

Alahai Kartun

Salam.
Kali ini dikongsikan bersama paparan atau lakaran kartun yang mengisahkan suasana di sekolah. Paparan ini diperolehi dari blog Penpatah Blog

Larangan membawa telefon bimbit ke sekolah.
Program Sekolah Penyayang.
Dasar 60 -40 (aliran sains)
PPSMI 
Mengurangkan jurang antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar.
Dunia Sains & Teknologi
Meneroka pengalaman sedia ada murid.
Kesediaan guru mengajar Bahasa Inggeris.
Memupuk keyakinan murid.
Tabiat makan yang baik
Kerenah Guru Pendidikan Jasmani.
Menggalakkan minat untuk belajar
Belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.

kredit kepada Pen Patah Blogspot

Wednesday 3 April 2013

Dua Sejoli - Wordless Wednesday


Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, kucinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka






Dedicated to:
Kak Aa & Dek Usop

Tuesday 2 April 2013

GTP 2.0 - Memastikan Pendidikan Yang Berkualiti



Salam.
Modal insan berpendidikan merupakan salah satu unsur terpenting bagi negara berpendapatan tinggi, dan inilah sebabnya mengapa pendidikan kekal merupakan komponen yang penting dalam Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan (GTP 2.0). Matlamat dalam NKRA Pendidikan adalah besar dan bercita-cita tinggi, iaitu untuk memperbaiki sistem pendidikan negara dalam jangka masa yang secara relatifnya pendek untuk membawa pelajar kita lebih hampir dengan standard antarabangsa. Kerajaan, menerusi Kementerian Pelajaran, sudah pun memulakan sebuah proses transformasi selama 13 tahun melalui Rangka Tindakan Pendidikan Kebangsaan  Inisiatif di bawah GTP 2.0 merupakan gelombang pertama bagi transformasi tersebut. Tidak seperti Rangka Tindakan, inisiatif GTP direka bentuk untuk menangani matlamat segera jangka pendek. Sepanjang tiga tahun yang akan datang ini, inisiatif GTP 2.0 akan meneruskan usaha murni yang telah dimulakan oleh GTP 1.0, dan sekali lagi akan berasaskan 3 aspirasi berikut: 
  1. Aspirasi 1 : Enrolmen Universal
  2. Aspirasi 2 : Meningkatkan kualiti pendidikan
  3. Aspirasi 3 : Merapatkan jurang perbezaan
Inisiatif GTP 2.0 akan menyaksikan pelaksanaan inisiatif sedia ada dalam GTP 1.0 dan inisiatif baharu, dan kesemuanya dirangkumi di bawah tujuh aliran kerja:
  • Prasekolah dan penjagaan awal kanak-kanak.
Enrolmen dalam prasekolah kekal merupakan fokus NKRA. Inisiatif ini akan diperlengkapkan selanjutnya dengan penetapan standard yang memfokuskan penetapan standard kualiti bagi prasekolah awam dan swasta.

  • LINUS 2.0
Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) menikmati kejayaan yang cemerlang dalam GTP 1.0, dan akan dipertingkatkan selanjutnya dalam GTP 2.0 untuk menyediakan pemantauan dan sokongan pemulihan bagi mata pelajaran Literasi Bahasa Inggeris.
  • Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
GTP 1.0 mengakui keperluan untuk memberikan insentif kepada sekolah yang berada dalam sistem pendidikan negara untuk mempertingkatkan prestasi, justeru kerajaan melaksanakan SBT ke arah mencapai matlamat tersebut. SBT akan diteruskan dalam GTP 2.0 dengan fokus terhadap usaha memastikan SBT mengekalkan standard masing-masing. 
  • Program Transformasi Daerah (District Transformation Programme, DTP)
DTP terletak dalam Program Penambahbaikan Sekolah GTP 1.0 tetapi akan diperkenalkan dengan fokus untuk mentransformasikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Berada di barisan hadapan sistem pendidikan, PPD berada dalam kedudukan yang sesuai untuk menyelaraskan perubahan pada peringkat sekolah, dan ia akan dipertingkatkan dengan kuasa dan autoriti yang lebih besar untuk melaksanakan intervensi di sekolah tempatan.


  • Pakej Kerjaya Pengetua dan Guru Besar
Pengetua dan Guru Besar akan diberi pakej kerjaya baharu yang memfokuskan pembangunan prestasi profesion pengetua dan guru besar sementara pelan penggantian dan pelantikan pengetua dan guru besar akan ditambah baik.
  • Pakej Kerjaya Guru
Profesion perguruan juga akan menerima rangsangan dalam bentuk yang serupa dengan memperkenalkan pakej kerjaya baharu selain instrumen penilaian baharu untuk memastikan guru yang berprestasi tinggi memperoleh laluan yang pantas dari sudut kerjaya.
  • Program Peningkatan Profesionalisme bagi Guru Bahasa Inggeris
Aliran kerja ini bertujuan menghasilkan seorang guru mahir bahasa Inggeris dalam setiap kelas di seluruh negara untuk menyediakan pelajar dengan lebih mantap dalam menghadapi cabaran dan peluang pada masa hadapan mereka.