Sila klik

Tuesday 26 March 2013

Berwaspadalah saudaraku yang beragama Islam.


Syaitan Bertudung


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/02/adakah-ini-dua-wajah-yang-nik-aziz.html#MtbiM4fPZXIkpS88.99

LIku-liku Gagasan Negara Malaysia - satu renungan


Salam.
Sejak tercetusnya pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu, persoalan tentang kesahihan Sabah sebahagian daripada Malaysia terus dibincangkan. Samada melalui media cetak atau media elektronik. Perbincangan dan penjelasan dibuat oleh tokoh-tokoh sejarah dan politik bagi mematah hujah yang mengatakan Sabah adalah milik Kesultanan Sulu.

Kalau dah pengganas, memang berwatak ganas.
Bertitik-tolak dari itulah, entri yang telah diterbit pada 16 September 2012 ditertitkan semula. Moga-moga dapat meredakan kemarahan kepada pihak-pihak yang mempertikaikan kedudukan Sabah dalam Malaysia baik dari faktor sejarah atau politik. Ikutilah entri di bawah: 

Gagasan penubuhan negara Malaysia, yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Berunei, Sarawak dan Sabah dicetus oleh allahyarham Tunku Abdul Rahman ketika berucap kepada Persatuan Wartawan Asing di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961. Bertitik-tolak dari peristiwa itu maka tertubuhlah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia, bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia. Jawatankuasa tersebut telah bermesyuarat 4 kali:
  1. Ogos 1961 - Sabah
  2. Disember 1961 - Kuching
  3. Januari 1962 - Kuala Lumpur
  4. Februari 1962 - Singapura
Kemudian dibentuk pula Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 untuk mendengar pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya ini telah dipengerusi oleh Lord Cobbold dan dibantu oleh 5 ahli yang lain:
  1. Dato' Wong Paw Nee
  2. Encik Mohd Ghazali bin Shafie
  3. Sir Anthony Abell
  4. Sir David Watherson
  5. Encik H. Harris

Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugas dari 19 Februari hingga 18 April 1962 dengan satu laporan diserahkan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada Jun 1962. Hasil laporan menunjukkan reaksi yang positif dari penduduk Sabah dan Sarawak ke arah penubuhan sebuah negara Malaysia.


Setelah mendengar cadangan dari pelbagai pihak termasuk dari Suruhanjaya Cobbold, maka ditubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan pada Ogos 1962. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dipengerusi oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak sebagai timbalan. Laporan yang telah dibentangkan masing-masing di Sarawak dan Sabah pada 8 dan 13 Mac 1963 telah dikemukakan kepada British  pada 21 Jun 1962.

Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Setalah mengambil masa 2 minggu, akhirnya pada 9 Julai 1963, satu perjanjian telah ditandatangani di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Wakil-wakil yang menandatangani Perjanjian Persekutuan Malaysia:


  • Kerajaan British : Encik Harold Macmillan, Encik Duncan Sandys dan Lord Landsdowne.
  • Persekutuan Tanah Melayu : Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun.
  • Sabah : Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang.
  • Sarawak : Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg
  • Singapura : Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee

Satu kenyataan telah dikeluarkan bersama pada 12 Julai 1963, Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Persekutuan Malaysia akan wujud pada 31 Ogos 1963. Disebabkan penentangan keras oleh  Filipina dan Indonesia terhadap gagasan Malaysia, Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjauan pandangan penduduk Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Hasil tinjauan tersebut, pada 14 September 1963 laporan telah dikeluarkan, mengesahkan majoriti penduduk kedua-dua negeri tersebut menyokong penyertaan ke dalam Malaysia. Justeru itu, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah negara Malaysia.


Monday 25 March 2013

MALINDO Airways - bukan cabaran kata Fernandes

Salam.
Entri ini telah mula diterbitkan pada 12 September 2013. Ianya diterbitkan semua kerana tak sabar menunggu Mei 2013.


"Syarikat penerbangan baharu itu bukanlah isu untuk kani di AirAsia. Kami telah bersaing di negara seperti Malaysia yang mempunyai syarikat penerbangan yang kukuh seperti Malaysia Airlines (MAS)."

Itu reaksi Ketua Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bila ditanya dengan kemunculan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang kedua iaitu Malindo Airways.



MALINDO Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan PT Lion Grup dari Indonesia.  Khabarnya NADI akan menguasai sebanyak 51% kepentingan dalam MALINDO Airways dan selebihnya dari PT Lion Grup.



Rakyat kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia melihat akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, malah memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua negara.

Rusdi Kirana
Pengarah Presiden PT Lion Grup, Rusdi Kirana ketika ditanya pemberita menegaskan kewujudan MALINDO Airways bukan untuk menyaingi AirAsia tetapi menambah pihaknya mahu menawarkan kadar tambang yang lebih murah berbanding syarikat pesaing lain.

Kita tunggu Mei 2013.

Wednesday 13 March 2013

Program Mentor Mentee 2013 - Wordless Wednesday (WW)

Salam.
Setiap hari Rabu, blogger akan membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan kecuali pada caption. Terpulang kepada pengunjung membuat tafsiran sendiri. "A picture is worth a thousand words."

Susah nak cam yang mana mentor...
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
Geng Bas Sekolah 2013
Seia sekata.

Tuesday 12 March 2013

Program Mentor Mentee Pencetus Kecemerlangan Akademik SK Abang Aing





Salam.
Sekali lagi untuk siri yang ke 4, Program Mentor Mentee SK Abang Aing, Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya. Majlis penyerahan mentee oleh ibubapa murid kepada mentor telah dilangsungkan di Dewan Suarah, Sri Aman sempena dengan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2013. Majlis yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dihadiri oleh 40 orang mentee (murid-murid), 45 orang guru dan 40 orang ibubapa.

Pendaftaran ibubapa dan murid-murid.

Majlis dimulakan pada pukul 2.30 petang dengan sesi pendaftaran murid-murid dan ibubapa. Dalam ucapan Tuan Guru Besar, beliau menegaskan Program Mentor Mentee lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik, akhlak dan sahsiah para mentee. Menurut beliau, seramai 40 orang mentee yang terdiri daripada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang 5A telah dipilih untuk tahun ini. Beliau turut merakam berbanyak-banyak terima kasih kepada Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) di bawah pimpinan SAO Encik Zaidi bin Sharkawi kerana menjadi tulang belakang sekolah dalam menyediakan dana untuk membiayai program seperti itu. Yang Dipertua PIBG, SAO Encik Zaidi bin Sharkawi  turut hadir dalam majlis tersebut.

Kehadiran YDP PIBG, memberi dorongan kepada guru-guiru untuk lebih gigih.

Majlis diteruskan dengan penyerahan mentee oleh ibubapa kepada guru-guru selaku mentor. Melalui program ini, murid-murid sebagai mentee akan dibimbing oleh guru sebagai mentor. Perjumpaan antara mentor dan mentee akan dilakukan sekerap yang mungkin. Mentor berperanan sebagai 'motivator', 'coach' dan pencetus semangat ingin maju kepada mentee.

Penyerahan mentee kepada mentor

Lagi penyerahan mentee oleh ibubapa.

Ibubapa yang hadir telah mengambil kesempatan untuk bertanya kepada pihak sekolah mengenai perkembangan pelajaran terkini anak-anak mereka. Di akhir majlis, kedua-dua pihak ibubapa dan guru telah beramah mesra untuk mengeratkan silatulrahim sambil menikmati minum petang yang disediakan.

Ibubapa dan guru beramah mesra sambil menikmati minum petang.