Sila klik

Thursday 28 February 2013

Mentransformasi Sistem Pendidikan Malaysia Di Bawah GTP 2.0







Salam.
Di bawah GTP 1.0 (Program Transformasi Kerajaan), NKRA Pendidikan memberi fokus kepada 5 sub NKRA :
  1. Prasekolah - Meningkatkan kadar enrolmen kanak-kanak berumur (4+ 5+) kepada 87% menjelang 2012, serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain.
  2. Literasi & Numerasi (LINUS) - Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
  3. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) - 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi diwujudkan menjelang 2012 yang mempunyai etos, karakter dan identiti sendiri, Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.
  4. Tawaran Baru Untuk Pengetua/Guru Besar - Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.
  5. Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) - Mengurangkan bilangan sekolah dalam Band 6 dan 7 melalui program-program khusus yang dirancang untuk sekolah-sekolah berprestasi rendah
Hasil pelaksanaan NKRA Pendidikan di bawah GTP 1.0 agak memberangsangkan, antaranya :
  1. 4,589 buah prasekolah baru beroperasi yang melonjakkan enrolmen kepada 77% pada tahun 2010 dan 2011.
  2. Murid tahun 2 pada 2011 telah mencapai kadar 97.5% literasi dan 98.6% numerasi
  3. 66 buah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi
  4. 1,203 orang Guru Besar dan Pengetua telah menerima Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) pada 2010 dan 2011.
  5. 40% penurunan bilangan sekolah dalam Band 6 dan 7

GTP 2,0 (2013-2015) adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Pendidikan 2013-2015 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 September yang lalu. Program GTP 2.0 adalah berteraskan tiga aspirasi yang telah dikenalpasti dalam sistem Pendidikan Malaysia.
  1. Akses - 100% enrolmen universal dari peringkat prasekolah hingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun.
  2. Kualiti - Kedudukan ketiga teratas antara negara yang mengambil pentaksiran antarabangsa seperti PISA dan TIMSS dalam tempoh 15 tahun (daripada ketiga terbawah sekarang).
  3. Ekuiti - 50% pengurangan jurang prestasi (contoh antara bandar dan luar bandar, antara negeri) dalam tempoh 10 tahun.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya. Menurut perancangan,  laporan akhir Pelan Transformasi Pendidikan akan dilancarkan bila-bila masa dalam bulan Disember ini dan Buku GTP 2.0 akan dilancarkan pada awal 2013.. 


Thursday 21 February 2013

Awasi NGO bermuslihat | New Sarawak Tribune


 Pengerusi SPR Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Aziz Mohd Yusof diiringi bersama Datu Haji Takun @ Takon Sunggah, meluangkan masa bersama beberapa pegawai pengurus pilihan raya, semasa majlis taklimat di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam. ● FOTO: AWANG KUSHAIRY JUNAIDI
KUCHING, Selasa -  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan  pengundi supaya berwaspada dengan muslihat sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tertentu yang mungkin akan menyebabkan undi terbatal.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof merujuk perkara itu, kerana mendapati ada segelintir kumpulan NGO tertentu yang cuba mengelirukan pengundi bertentangan dengan syarat yang ditetapkan oleh SPR.

Sebagai contoh, katanya, kumpulan NGO berkenaan menasihatkan pengundi untuk menyemak status tempat mengundi masing-masing di Barong Parti Politik sedangkan sebenarnya mereka harus menyemak status tersebut di Barong SPR sahaja.

Bagaimanapun, tambahnya, insiden membabitkan kumpulan NGO yang dianggap membawa ’ajaran sesat’ berhubung prosedur  atau peraturan mengundi, belum lagi dikesan di negeri ini.

"Atas sebab itu, saya mahu mengingatkan pengundi serta petugas pilihan raya agar peka dan sentiasa berwaspada dengan muslihat segelintir kumpulan NGO yang dikatakan tidak bertanggungjawab.

"Namun begitu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada NGO yang mengajar mereka (pengundi dan petugas) tentang sistem pilihan raya mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan oleh SPR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Taklimat Ulangan bagi Pegawai Pengurusan dan Penguatkuasa bagi Pilihan Raya Umum (PRU) di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pagi tadi.

 Abdul Aziz berharap kumpulan NGO yang diberi tanggungjawab untuk membantu SPR dalam memberi latihan agar tidak membawa peraturan yang salah  kepada pengundi sebaliknya mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan SPR.

"Jangan ada ajaran sesat yang boleh mengelirukan pengundi. Kalau ada ajaran seperti ini, pengundi dinasihatkan untuk tidak menerimanya," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, sejak semalam (18 Februari), SPR menerima 2,655 permohonan daripada rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi pos pada PRU ke-13.

Daripada jumlah tersebut, katanya, seramai 2, 636 dikategorikan layak, manakala permohonan selebihnya ditolak atas sebab-sebab tertentu.

"Daripada jumlah tersebut, 618 permohonan diterima daripada rakyat Malaysia yang menetap di Australia, United Kingdom (473), Amerika Syarikat (203), China (151), Qatar (124), Emiriah Arab Bersatu (102), Arab Saudi (90), Jerman (81), New Zealand (74) dan Jepun (59).

"Walau bagaimanapun, saya berharap permohonan ini akan bertambah dari semasa ke semasa sehingga hari pembubaran Parlimen," katanya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata, kira-kira 2,600 lagi pelajar Malaysia dan penjawat awam yang tinggal di luar negara merupakan pengundi yang layak mengundi secara pos tanpa perlu membuat permohonan.

sumber berita Utusan Sarawak online

Wednesday 20 February 2013

Gelagat Kontinjen SK Abang Aing Semasa Kejohanan Olahraga Zon Sri Aman - Wordless Wednesday (WW)

Salam.
Setiap hari Rabu blogger akan membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan kecuali caption. Terpulanlah kepada pengunjung membuat tafsiran sendiri. "A picture is worth a thousand words."

Kegembiraan yang amat sangat.
Keletihan selepas acara 'larian berganti'
Santai bersama jurulatih semasa rehat.
Gerenti bagus.
Jaguh pelari pecut sekolah.
Lelaki terpantas SK Abang Aing 2013.

Merayakan kemenangan sebagai juara.
Waduh! Waduh! Balik pakai helikopter.

Friday 15 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 5



Salam.
Sekolah Berprestasi Rendah memerlukan langkah-langkah sokongan yang berterusan dan tahap kebertanggungjawaban yang tinggi  untuk meningkatkan sistem penyampaian pendidikan kepada pelajar-pelajar. Di samping itu juga, usaha-usaha perlu digembleng untuk menutup jurang sekolah kategori ini dengan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan sekaligus mengurangkan perbezaan pencapaian antara pelajar. Usaha ini berkaitan dengan inisiatif yang seterusnya iaitu Mengurangkan Jurang Perbezaan Antara Sekolah.


Untuk memudahkan usaha penambahbaikan Sekolah Berprestasi Rendah NKRA Pendidikan memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah atau School Improvement Program (SIP). Dengan lain perkataan, SIP bertujuan membantu Sekolah Berprestasi Rendah untuk mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi. Program ini bertindak sebagai serampang dua mata; selain mengurang bilangan Sekolah Berprestasi Rendah ia juga meningkat bilangan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Matlamat asal untuk sasaran pada tahun 2011 adalah mengurang 20% bilangan sekolah yang berada dalam Band 6 dan Band 7 dan meningkat 8% bilangan sekolah di dalam Band 1 dan Band 2. Hasilnya, telah melepasi sasaran dengan lonjakan sebanyak 40.25% pengurangan bilangan sekolah dalam Band 6 dan Band 7 dan 21.86% peningkatan bilangan sekolah dalam Band 1 dan Band 2. Satu Kejayaan Besar atau Big Win  dalam pencapaian GTP 1.0 untuk inisiatif pendidikan. Pencapaian terkini dalam usaha ini adalah peratusan sekolah dalam Band 6 dan Band 7 berjaya dikurangkan sebanyak 43.6% dan pada waktu yang sama berlaku peningkatan sebanyak 28.6% jumlah sekolah dalam Band 1 dan Band 2. baca di sini

Thursday 14 February 2013

Inisiatif Pendidikan dalam GTP 1.0 - Big Win 4

Salam.
Kejayaan Besar atau Big Win yang seterusnya adalah Perjanjian Baru Untuk Guru Besar dan Pengetua. Inisiatif tersebut adalah penilaian berasaskan pencapaian bagi pengetua dan guru besar dengan ganjaran dan akibat-akibatnya dijelas dan dipersetujui. Perjanjian Baru atau Bai'ah ini membawa penekanan bahawa pemimpin yang baik mampu membawa hasil yang cemerlang kepada seluruh sekolah.

Ganjaran yang termaktub dalam Perjanjian Baru Untuk Guru Besar dan Pengetua diberi dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Manakala sekolah-sekolah yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan akan dihantar untuk mengikuti program-program pembangunan prestasi dan pemulihan bagi membantu meningkatkan pencapaian. Kelayakan untuk Perjanjian Baru amat ketat dan memerlukan set penilaian yang melihat kepada prestasi sekolah secara keseluruhan, juga ketrampilan pemimpin sekolah (guru besar dan pengetua).

Sasaran awal yang ditetapkan untuk inisiatif ini pada tahun 2011, 3% daripada keseluruhan guru besar dan 2% dari keseluruhan pengetua. Angka sebenar yang dicapai adalah 5.2% dan 4.2% masing-masing untuk guru besar dan pengetua. Satu lagi Kejayaan Besar atau Big Win dalam GTP 1.0. Seterusnya sasaran untuk tahun 2012 pula ditetapkan pada kadar 4% dan 3%, masing-masing untuk guru besar dan pengetua. Untuk tahun 2010 dan 2011, seramai 1,203 orang guru besar dan pengetua telah menerima ganjaran dalam Perjanjian Baru. Syabas dan tahniah.

Wednesday 13 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 3


Salam.
Kejayaan Besar atau Big Win yang seterusnya untuk inisiatif pendidikan dalam GTP 1.0 adalah Memperbanyakkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mengalak dan memotivasi kalangan pendidik dengan cara mengenalpasti dan mengiktiraf sekolah-sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara.  Proses ini dijalankan melalui penilaian yang ketat dari segi pencapaian akademik juga bukan akademik, kekuatan persatuan alumni dan kejayaan melalui pertandingan serta ‘net-working’ di peringkat antarabangsa.


Sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti dan diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)  disediakan insentif berupa geran peruntukan bernilai RM700,000 bagi mengekal dan mempertingkatkan prestasi yang sedia ada. Juga sebagai galakan kepada sekolah-sekolah lain untuk meningkat kepada prestasi yang lebih tinggi agar termasuk dalam kumpulan SBT.

Antara sekolah yang telah diiktiraf sebagai SBT.

Sasaran awal inisiatif ini, untuk mengiktiraf dan member ganjaran kepada 50 buah SBT pada akhir tahun 2011 tetapi angka ini meningkat kepada 52 buah SBT. Sehingga akhir 2012, sebanyak 91 buah sekolah telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi - baca di sini Kejayaan ini menambahkan lagi Big Win atau Kejayaan Besar GTP 1.0.

Agensi kerajaan mana punya angkara? - Wordless Wednesday (WW)


Salam.
Setiap hari Rabu, blogger akan membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan sebarang penerangan kecuali pada 'caption'. Terpulang kepada pengunjung untuk membuat tafsiran sendiri. " A picture is worth a thousand words. "


2 lot perumahan kos rendah 
Menutup peluang rakyat  yang memerlukan rumah kos rendah
Kononnya nak dijadikan rumah kakitangan, 
Nyamuk membiak di kawasan bertakung.
Nun di kejauhan rumah kejiranan yang lain dikeliling semak-samun.


Tuesday 12 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 2

Salam.
Memang tidak dapat dinafikan setelah tiga tahun GTP 1.0 dilancarkan oleh kerajaan, terdapat perubahan ketara yang membawa faedah kepada rakyat. Pendidikan merupakan asas utama yang mampu mengangkat sesebuah negara dari berpendapatan sederhana ke berpendapatan tinggi. Di samping menangani isu asas tentang pendidikan prasekolah, Program Transformasi Kerajaan (GTP) melihat juga kemahiran asas literasi dan numerasi. Kejayaan Besar yang seterusnya atau Big Win 2, berkaitan dengan Kemahiran Asas Literasi dan Numerasi.


Malaysia telah menghampiri enrolmen peringkat universal bagi sekolah rendah (92%) dan kadar yang tinggi bagi sekolah menengah (85% bagi menengah rendah dan 78% bagi menengah atas). Walaupun kita sudah pun mencapai kadar literasi dewasa sebanyak 92%, usaha perlu diteruskan untuk mengukuhkan asas masyarakat bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Dalam usaha untuk semua pelajar sekolah menguasai literasi dan numerasi, program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah diperkenalkan. LINUS menjadi alat penyaringan tahap kemahiran pelajar dalam 3 tahun pertama di sekolah rendah. Matlamat awal yang telah ditetapkan untuk program LINUS, 95% dari pelajar Tahun Dua menguasai literasi dan numerasi pada tahun 2011. Amat membanggakan pencapaian sebenar, iaitu 97.5% melepasi kemahiran asas literasi manakala 98.6% untuk kemahiran asas numerasi. Malah di akhir persekolahan Tahun Tiga (2012), 99.84% menguasai kemahiran asas literasi (membaca dan menulis) dan 99,92% menguasai kemahiran asas numerasi (sila baca di sini).  Satu Kejayaan Besar atau Big Win telah dicapai. 

Bertitik-tolak dari kejayaan tersebut, LINUS 2.0 diperkenalkan pada tahun 2013 dengan memasukkan unsur baru iaitu Literasi Bahasa Inggers. Dalam entri yang akan datang, akan dikupas Big Win 3, iaitu Menwujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Monday 11 February 2013

Inisiatif Pendidikan Dalam GTP 1.0 - Big Win 1


Salam.
Inisiatif pendidikan yang digariskan dalam Government Transformation Programme (GTP 1.0) dan dilaksana dalam tempoh tiga tahun yang lalu telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan Malaysia. Insiatif-insiatif yang telah disasarkan untuk membawa kejayaan besar, iaitu perubahan yang ketara dan segera dijangka akan memberi impak yang positif kepada rakyat dan menyemarakkan kejayaan pelajar. Genap tiga tahun pelaksanaan GTP 1.0, 5 Kejayaan Besar atau Big Win telah dikenalpasti. Kejayaan Besar atau Big Win 1, adalah Peningkatan Kadar Penyertaan Prasekolah.

Akses yang sama rata kepada setiap orang kana-kanak tanpa mengira latarbelakang sosio-ekonomi adalah kritikal.

Pendidikan prasekolah dan awal kanak-kanak dijangka meningkatkan pembangunan kognitif yang menjanjikan perkembangan yang lebih kukuh kepada pembelajaran sepanjang hayat seorang kanak-kanak. Akses kepada prasekolah tanpa mengira latarbelakang sosio-ekonomi kanak-kanak bagi penyediaan peluang yang sama rata adalah sangat kritikal. Untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak ke prasekolah dengan kadar yang lebih besar, Kementerian Pelajaran melalui NKRA Pendidikan atau Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mengorak beberapa langkah. Antaranya:
  • meningkatkan bilangan prasekolah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti KEMAS, JPNIN, SeDIDIK dan sektor swasta.
  • menyediakan bantuan yuran prasekolah
  • menyediakan Geran untuk meningkatkan kualiti guru

Dalam GTP 1.00, NKRA Pendidikan telah mensasarkan matlamat untuk meningkatkan enrolmen prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas dan 5 tahun ke atas dari 67% pada tahun 2010 kepada 80% menjelang tahun 2011. Pencapaian sasaran ini telah menurun sedikit kepada 77% tetapi meningkat dengan drastik kepada 87% pada tahun 2012. Adalah menjadi harapan Kementerian Pelajaran, pada tahun 2015 kadar enrolmen ini akan menjangkau 92%.


Empat lagi Kejayaan Besar atau Big Win akan dikupas dalam entri yang akan datang secara bersiri.

Wednesday 6 February 2013

Main Tiup Kertas - WORDLESS WEDNESDAY (WW)

Salam.
Setiap hari Rabu, semua blogger membuat satu entri bergambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan. Lihat gelagat gelagat mereka, cuba tafsirkan apa yang dibualkan.