Sila klik

Friday 21 December 2012

Bercuti Di Teluk Bandung, Santubong - Damai Beach Resort

Pesisiran Teluk Bandung.
Salam.
Bayangkan suasana nyaman di tepian pantai berlatar belakangkan hutan hujan teropika yang agak menyegarkan. Penulis teringat tentang cerita lagenda "Puteri Santubong,Puteri Sejinjang" yang turut dikisahkan melalui lagu dengan tajuk yang sama oleh penyanyi Safar Ghafar. Dengan berlatar belakangkan Gunung Santubong, menyerlahkan lagi Teluk Bandung sebagai destinasi percutian yang mesti dikunjungi.

Jajaran Gunung Santubong nampak di kejauhan
Walaupun perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Teluk Bandung cuma sejauh 32 km ia mengambil masa pemanduan hampir 40 minit kerana banyak kenderaan yang berulang alik. Maklum sajalah musim cuti sekolah. Tempahan bilik penginapan telah dibuat sejak awal November dan Damai Beach Resort yang berkonsepkan sebuah perkampung nelayan tradisional menjadi pilihan. 

AA dan Yaya kepenatan di lobi Damai Beach Resort.
Dengan menghadap ke Laut Cina Selatan, resort ini menjanjikan aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Pasir yang terjaga bersih dengan aspek keselamatan dititikberatkan, Damai Beach Resort menjadi pilihan ramai walaupun di kawasan berhampiran terdapat 2 lagi resort saingan.


Mandi-manda sambil menikmati deburan ombak.

Suasana yang sejuk dan nyaman ketika air surut di Teluk Bandung
Kak Yaya menunjukkan skill mengimbangi badan.
Setelah penat dengan aktiviti harian, pada sebelah malamnya menikmati pemandangan dari tempat penginapan yang berada di atas bukit menghadap laut. Walaupun keadaan agak lembab akibat hujan petang, angin yang datang dari Laut Cina Selatan membawa suhu yang agak panas mengimbang suasana.

Antara penginapan yang disediakan -
 Baruk Suite
Kak AA  meninjau sekitar tempat penginapan
Dek Usop The Big Boss tak mahu mandi laut, last-last mini jakuzzi jadi pilihan.
Tempat makan?Tak jadi masalah. Sesuai dengan taraf 4 bintang, Damai Beach Resort menyediakan banyak pilihan : Cafe Satang, Fishermen's Seafood Restaurant, Mango Tree Terrace, termasuk Pakej Steamboat dan BBQ. Penulis dan keluarga lebih suka menerobos angin malan ke Kampung Buntal untuk menikmati makanan laut. Selain daripada itu, Damai Sentral yang berdelatan juga menyediakan beraneka jenis makanan tempatan dan makanan barat.
Mercu tanda Damai Sentral - burung kenyalang
Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam di Damai Beach Resort, terasa puas dan berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Selain daripada dapat melarikan diri dari kesibukan bandaraya Kuching, hubungan antara ahli keluarga semakin erat terutama dapat meluang banyak masa untuk kak Aa, kak Yaya dan dek Usop.

Berkunjunglah ke Teluk Bandung dan jadikan Damai Beach Resort sebagai tempat penginapan pilihan. Cuti-cuti Malaysia.

Entri berkaitan:

  1. Sudah Berkunjung Ke Sinar Serapi Eco Theme Park? Jom kita ke sana.
  2. Sepagi Di Tebingan Kuching.

Tuesday 18 December 2012

Sepagi Di Tebingan Sungai



Salam
Semasa menyusuri Jalan Gambier melalui Main Bazaar terus ke Jalan Tunku Abdul Rahman, hati terpanggil untuk singgah di Tebingan Sungai Kuching untuk melihat panorama Sungai Sarawak pada waktu pagi.  Sambil menghirup secawan kopi o panas di gerai seorang anak muda yang baru dibuka, perhatian tertumpu kepada gelagat serombongan pelancong dari Korea yang berurusandengan pengendali perkhidmatan Sarawak River Cruise. Komunikasi mereka amat melucukan dengan penggunaan bahasa Inggeris dicampuraduk dengan bahasa isyarat. Setelah bertungkus lumus meyakinkan antara satu sama lain akhirnya mereka sampai kepada titik persetujuan.

Perahu tradisi - antara perkhidmatan river cruise yang ditawarkan
Harga perkhidmatan yang ditawarkan.
Selain daripada itu juga terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan river cruise dengan boat yang lebih besar berserta dengan nilai-tambah yang menarik  dan harga yang berpatutan. Dengan bayaran antara RM40 hingga RM45 pelancong akan dibawa menyusuri sungai selama satu jam termasuk makanan harian dan dipertonton dengan persembahan tarian 
tempatan. Berbaloi bukan?
Bot yang lebih besar dengan perkhidmatan yang lebih baik

Sambil menyusuri Sungai Sarawak pelancong dihibur dengan tarian tempatan.


Friday 14 December 2012

Mandi Safar? Satu amalan khurafat.

Salam.
Esok adalah permulaan bulan kedua, Safar mengikut perkiraan kalendar Islam. Safar dalam bahasa Arab bermaksud sifar atau kosong. Semasa zaman jahiliah, orang Arab meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dalam peperangan selepas bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah mengekalkan nama bulan Safar.

Suatu ketika dulu, di kalangan orang Melayu bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah hingga menjuruskan kepada amalan khurafat dan tahyul kononnya untuk menangkis bala atau musibah menimpa mereka. Antara amalan khurafat yang dilakukan adalah Mandi Safar, membuat ancak dan menghindarkan perkahwinan dalam bulan Safar. Amalan-amalan ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam, malah boleh merosakkan akidah seseorang.

Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman dan bertawaqal.   - surat At Taubah, ayat 51
Apakah Mandi Safar? Mandi beramai-ramai di tepi sungai mahupun pantai yang dianggap sebagai satu ritual untuk menolak bala pada bulan Safar atau menghapuskan dosa. Pada kebiasaanya amalan Mandi Safar dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir bulan Safar. (sumber Wikipedia, ensiklopedia bebas)

Dalam amalan tersebut, orang Melayu pada masa dahulu berduyun-duyun menuju ke destinasi yang dipilih, diiringi dengan alunan muzik, nyanyian dan jampi serapah. Kemudian mereka membaca jampi tertentu dan menulisnya pada kertas lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi air untuk dijadikan air mandian. Amalan ini masih berlaku di setengah tempat di Kalimantan Barat seperti yang dikupas oleh blog Melayu Online.

Ritual Mandi Safar

Entri yang berkaitan: 

Wednesday 12 December 2012

12.12.12 - satu tarikh yang cantik

Salam.
Dah lama rasanya tidak membuat entri di blog ini. Kesibukan yang terlalu sibuk pada minggu-minggu terakhir Disember 2012. Ada yang sibuk bercuti, ada yang sibuk mengira untung, ada yang sibuk mengenang kembali peristiwa-peristiwa sepanjang tahun 2012, pun ada yang sibuk merancang untuk tahun baru - 2013. Dalam kesibukan yang tidak sebenarnya sibuk saya terpanggil menulis entri ini tentang tarikh 12.12.12 yang sungguh cantik dan unik. Ianya berlaku hanya sekali dalam masa satu abad - 100 tahun. Agak rugi tidak mengambil kesempatan keemasan ini. Rasanya tak sempat, memang tak sempat untuk mengalaminya semula pada 12.12.2112.



Apa yang istimewanya tarikh 12.12.12? Di Hong Kong dan Singapura, pasangan berebut-rebut untuk merancang perkahwinan pada hari tersebut. Di Malaysia, cuma terdengar dua selebriti telah mengambil keputusan untuk berkahwin pada hari ini - 12.12.12, Juara One In A Million musim pertama, Suki Low dan Zakiah Anas, yang dilaporkan oleh Maizitul Sidek di dalam blog beliau.

Juara One In A Million - musim pertama

Zakiah Anas melangsungkan perkahwinan pada 12.12.12
Sama keadaannya apa yang telah berlaku pada 10.10.2010 dan 11.11.2011. tarikh tersebut dianggap bertuah, kononnya untuk menjamin perkahwinan bahagia. Bagi penulis, ia hanyalah tarikh kebetulan seperti 09.09.09 atau 10.10.10 ataupun 11.11.11.

Sekadar renungan berikut adalah beberapa peristiwa penting yang telah berlaku pada 12 Disember (12.12.):
  • Disember 12, 1812 - Penaklukan Perancis ke atas Russia berakhir
  • Disember 12, 1912 - New Delhi menggantikan Culcutta sebagai ibu negeri India
  • Disember 12, 1948 - Pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali oleh tentera British
  • Disember 12, 1963 - Kenya memperolehi kemerdekaan daripada British.
  • Disember 12, 1969 - Rhodesia menukar nama kepada Zimbabwe
  • Disember 12, 1991 - pelakon Richard Gere mengahwini Cindy Crawford
- sumber Date In History
dan seterusnya, seterusnya.......