Sila klik

Sunday 21 October 2012

Wonder Girls Berbaju Kurung.

Jangan terkejut. Itulah realitinya, bila kumpulan pop tersohor dari Korea Selatan membuat persembahan dalam  Wonder Girls Wonder World Tour Live di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 13 Oktober yang lalu. Konsert K-pop tersebut telah dibawa oleh AirAsia RedTix telah menampil 5 jelitawan Sun, Yenny, Yubin, Sohee dan Lim.

Wonder Girls semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Kumpulan yang diurus oleh Park Jin-Young telah mengejutkan peminat K-pop di Malaysia apabila memakai baju kurung semasa membuat persembahan. Apa macam artis Malaysia? Artis luar sanggup memakai pakaian kebangsaan kita. Terbukti baju kurung sesuai digunakan apabila membuat persembahan lagu pop.  Mungkin, setengah orang berkata itu hanya gimmik tapi tidakkah itu sebagai tamparan hebat kepada artis kita. Sendiri tanya sendiri jawab.

Nah lihatlah sendiri.

Anggun, tak luak pun kejelitaan mereka.

Memukau peminat-peminat K-pop Malaysia.
Bertambah jelita bila memakai baju kurung.

Mengalahkan gadis Melayu 

Baju kurung tidak hanya sesuai tuk dondang sayang 

~MR Blogpost: Blogger tidak seharusnya menjadi agen penyebaran porno

~MR Blogpost: Blogger tidak seharusnya menjadi agen penyebaran porno

Salam.
Manusia telah mula menghampri budaya binatang. Rasa segan sila telah lama terkubur dimamah kepesatan teknologi. Sekali lagi rekod berok dan seangkatan dengannya telah dipecah oleh manusia.
Maklumat terperinci bagaimana sepasang pasangan kekasih tergamak mempertontonkan aksi #$@**!? mereka, sila klik di sini

Saturday 20 October 2012

Majlis Graduasi MRSM KUCHING Ke 17

Majlis Graduasi MRSM KUCHING Ke 17, telah disempurnakan oleh YB Datuk Fadillah bin Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, merangkap Ahli Parlimen P. 194, Petra Jaya pada 20 Oktober 2012. Majlis yang berlangsung di Dewan Kenyalang turut dihadiri oleh ibubapa pelajar Tingkatan 3 dan 5.
Majlis Graduasi MRSM KUCHING disempurnakan oleh YB Datuk Fadillah  bin Yusof
Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia
merangkap Ahli Parlimen P.194, Petra Jaya



Majlis Graduasi kali ini melibatkan seramai 124 orang pelajar dari Tingkatan Tiga dan 116 orang pelajar dari Tingkatan Lima. Majlis yang dimulakan dengan Perarakan Masuk Graduan, diikuti oleh Tetamu kehormat dan Ahli Senat mendapat dimulakan kira-kira pukul 10.00 pagi. Untuk memberkati majlis, bacaan surah Al-Alaq telah diperdengarkan. 
Kumpulan Gamelan MRSM KUCHING dengan persembahan yang memukau hadirin


Sepanjang majlis, iringan muzik telah dimainkan oleh Pasukan Gamelan MRSM Kuching yang dianggotai oleh kebanyakan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Dalam ucapan alu-aluan Pengetua MRSM Kuching, beliau telah mengimbas kembali beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh maktab sepanjang tahun 2012. Encik Ahmad Sanusi Hashim, juga telah mengingatkan pelajar-pelajar terutamanya Tingkatan 5 agar lebih bersedia untuk menghadapi perjalanan hidup selepas melangkah keluar dari MRSM KUCHING.

Semasa menyampaiak ucapan perasmian, YB Datuk Fadillah Yusof, telah mengariskan halatuju kerajaan dalam usaha menjanakan modal insan yang boleh menyumbang kepada negara dan boleh bersaing di peringkat global. Tegas beliau, Malaysia tidak boleh lagi sebagai negara pengguna teknologi selama-lamanya sebaliknya kita harus berperanan sebagai pencipta teknologi tersebut. Sebagai sebuah negara membangun yang paling maju ke depan, beliau berharap agargraduan-graduan MRSM KUCHING kali ini mengambil peluang yang telah disediakan oleh kerajaan.
Sebahagian daripada peserta graduasi dari Tingkatan Tiga

Dalam majlis graduasi kali ini, Brian McSalako telah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Tingkatan 3 sementara Axconny Khiu telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Tingkatan 5. Kedua-dua penerima anugerah diiringi oleh ibubapa masing-masing.
YB Datuk Fadillah bersama Ahli Senat MRSM KUCHING
Pentas Majlis Graduasi MRSM KUCHING Ke 17

Pembawa Cokmar yang mengetuai perarakan Tetamu Kehormat dan ahli Senat

~MR Blogpost: Penjaga pintu bangunan UMNO lebih tinggi hidung dari lobangnya

~MR Blogpost: Penjaga pintu bangunan UMNO lebih tinggi hidung dari lobangnya.

Thursday 18 October 2012

Buah hati pengarang jantung.

Aa, Yaya dan Usop; merekalah buah hati pengarang jantung kami. Saban minggu walau bagaimana sibuk sekali pun, tetap akan menjenguk mereka. Keletihan setelah penat bekerja digagahi jua memandu sejauh lebih 200 kilometer. Bila dah dapat memeluk, mencium dan menimang mereka, hilang semua masalah yang berserabut. Maklum sajalah, cucu-cucu yang comel dengan kenakalan masing-masing. 

Mereka berbual menggunakan bahasa mereka sendiri.
Si handsome Usop
Hisap jari lagi...
Semangat patriotik tengah membara
Menunggu dek Usop dan kak Aa datang ke rumah.
Si cute Aa
Ada berita menarik ke?

Wednesday 17 October 2012

Setin Coca Cola berharga RM3.80

Mercu tanda pekan Lachau
Salam.
Perjalanan pulang dari Kuching ke Sri Aman selepas upacara pengkebumian saudara terdekat agak meletihkan. Badan terasa kurang sedap, lenguh-lenguh, tanda-tanda terkena demam semakin ketara. Apa tidaknya, semasa di tanah perkuburan cuaca yang pada mulanya agar terik tanpa tiupan angin tiba-tiba hujan. Toyota Vios yang dipandu hanya bergerak dalam jajaran 70 hingga 80 kilometer sejam. Jalan raya digenang air dengan pemandangan yang agak kabur. Sesekali-sekali, konsentrasi pemanduan diganggu oleh kenderaan besar dan berat yang memasang lampu besar (high light). Jam di dashboard telah menunjukkan pukul 6.35 petang. 

Hasil seni yang jadi tarikan pekan Lachau

Hati kecil berkata, sementara waktu maghrib masih berbaki elok singgah di pekan Lachau. Tekak pun tiba-tiba terasa kering dan dahaga, mungkin bahana aircon yang menyedut cecair dalam badan. Hari semakin gelap dan deretan bas dan lori semakin banyak dari arah bertentangan. Tepat jam 6.43 sampai di pekarangan pekan Lachau.

Selepas mengerjakan solat maghrib, niat nak beli minuman tin pun diteruskan. Walaupun cuaca agak sejuk tapi badan terasa agak panas akibat deman. Sebaik saja melangkah ke dalam sebuah kedai, kelihatan beberapa orang pemuda menikmati coca cola tin. Rasa terliur lalu mengambil setin coca cola dan menghulurkan wang kertas RM5.00. Agak terkejut bila pekedai memulangkan wang baki RM1.20. Wah... mentang-mentang bajet 2013 telah dibentang. Harga setin coca cola dah melambung. Malas nak tanya, terus beredar.

Dalam pemanduan mendaki Bukit Begunan, terfikir: agak-agaknya berapalah harga setin minuman karbonat yang dijual di hotel-hotel yang ada bintang atau di tempat minum yang eksekutif. Mungkin harganya mencecah RM10.00. Di kedai kopi pekan Lachau telah begitu harganya. Apa-apalah yang difikir oleh pelancong-pelancong mat salleh dalam perjalanan ke Batang Ai yang singgah di pekau Lachau bila memesan setin coca cola. Lebih mahal dari harga yang dibayar ketika minum di KLIA atau KIA.
Pemandangan dari atas Bukit Begunan pada siang hari.

Friday 12 October 2012

Syabas Encik James

Penantian dan kegelisahan selama 6 tahun  ibubapa dan murid-murid SK Abang Aing, Sri Aman berakhir apabila permohonan Timbalan Yang Dipertua PIBG, Encik James Itam akhirnya mendapat respon dari Yang Berhormat Puan Hajah Simoi binti Haji Peri, ADUN N. 23, Lingga. Semasa menyampaikan ucapan mewakili Yang Dipertua, PIBG SK Abang Aing, Encik Zaidi bin Sarkawi semasa Majlis Penangguhan Rasmi Sukan Tahunan Sekolah pagi tadi, beliau telah meluahkan penantian dan kegelisahan warga sekolah menunggu pembinaan Lorong Pejalan Kaki Berbumbung. Menurut Encik James, pembinaan tersebut akan memudahkan murid-murid pergi ke sekolah semasa hari hujan. Ia juga dapat mengelakkan kemalangan dalam kawasan sekolah bila ibubapa berpusu-pusu membawa masuk kenderaan masing-masing kerana menghantar anak. Perkara ini telah diperjuangkan oleh Persatuan Ibubapa Guru yang dipimpin oleh Encik Zaidi bin Sarkawi dan telah dimohon kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Timbalan YDP Persatuan Ibubapa Guru, Encik James ak Itam
Dalam ucapan balasnya, Yang Berhormat Puan Hajah Simoi bt Peri, ADUN N.23, Lingga telah mengumumkan pemberian geran peruntukan untuk pembinaan Lorong Pejalan Kaki Berbumbung yang bernilai RM30,000.00. Projek itu menurut beliau akan dilaksanakan pada tahun 2013. Selain itu juga, beliau turut menyediakan bantuan sebanyak RM3,500, sebagai dana Persatuan Ibubapa Guru membantu sekolah melaksanakan aktiviti pada tahun ini.

YB Hajah Simoi ketika mengumumkan bantuan peruntukan kerajaan
Yang Berhormat tekun mendengar taklimat dari Tim. YDP Persatuan Ibubapa Guru

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Bihud anak Apok, Pegawai Pelajaran Daerah Sri Aman, Pemanca Mas Shamsiah bt Maslem, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan ibubapa murid-murid SK Abang Aing. Di akhir majlis, Encik James telah menyampaikan tropi kemenangan kepada kontigen-kontigen yang mengambil bahagian sementara Yang Berhormat Hajah Simoi teleh diberi penghormatan untuk menyampaikan tropi kepada olahragawan dan olahragawati terbaik 2012.
Wakil Ketua Rumah menerima piala kemenangan.

Olahragawan Terbaik 2012

Cenderamata untuk Yang Berhormat

Thursday 11 October 2012

Kebakaran Di Rancangan Perumahan Rakyat, Sri Aman,

Kira-kira jam 4.50 petang, siang tadi telah berlaku kebakaran di sebuah kawasan perumahan, di bandar Sri Aman, Sarawak. Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah telah musnah sama sekali akibat litar pintas. Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba setengah jam kemudian hanya dapat mengawal kebakaran dari merebak ke kediaman lain yang berdekatan. Kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian.


Penduduk kejiranan yang cuba membantu seupaya yang boleh. 

Menurut Encik Morshidi Mohamad, rumah separuh konkrit yang telah dihuni bersama keluarga selama lebih 32 tahun musnah sama sekali dalam masa satu jam. Beliau hanya dapat menyelamatkan keluarga beliau dengan pertolongan jiran-jiran berdekatan, tambahnya dengan rasa sebak. Kebakaran yang berlaku telah menyebabkan beliau dan keluarga berada dalam keadaan sehelai sepinggang. Harta benda termasuk dokumen-dokumen penting telah musnah sama sekali.
Api yang bermula dari tingkat atas.
Tak sampai setengah jam, api merebak di bahagian bawah rumah. 

Sumber tenaga elektrik terpaksa dipotong untuk mengelak kejadian lebih buruk. 
Rata-rata saksi di tempat kejadian, melemparkan nada kekesalan dengan sistem pili bomba yang tidak diselenggara. Keadaan tekan air yang terlalu rendah menyukar usaha pihak bomba dan penyelamat memadam kebakaran dengan lebih cepat. Mereka berpendapat sekiranya tidakan cepat pihak bomba dan penyelamat dibantu dengan keadaan tekanan air yang kuat, bahagian tingkat bawah dapat diselamatkan. 

Walau apa pun rungutan dan kekesalan yang kedengaran pihak bomba dan penyelamat telah bertindak pantas dengan mengawal api merebak ke dua buah rumah yang berdekatan. Syabas kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia, yang mengawal keadaan. 

Sesungguhnya, apa yang berlaku itu kehendak Allah jua dan ada hikmah di sebaliknya. Didoakan agar mangsa kebakaran dan keluarga sentiasa sabar dan cekal menghadapi cabaran dan dugaan dari Allah SWT. Amin.

Wednesday 10 October 2012

~MR Blogpost: Jalan berliku ke Putrajaya

~MR Blogpost: Jalan berliku ke Putrajaya

Apa dah jadi? Impian melambung seperti katak naik junjung.

BEN ASHAARI: Tahniah la !

BEN ASHAARI: Tahniah la !

Celcom, Maxis. Digi. Yang mana pilihan anda?





Celcom, Digi atau Maxis? 
Yang mana lebih "coverage"?
Ada package murahkah?

Begitulah soalan-soalan yang selalu bermain di fikiran kita sebelum memilih "telecomunication service provider". Kita nak penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang boleh disandarkan, baik sebagai seorang professional, seorang remaja atau seorang suri rumah. The service that can trust. Pendek kata, setiap ringgit yang kita bayar memberi pulangan yang berbaloi.

Soalan-soalan di atas agak subjektif bagi setiap individu sebab keperluan adalah agak berbeza. Samada keperluan panggilan suara, texting (sms) video call. Saya serah kepada pembaca semua untuk menilai package-package yang ditawarkan oleh 3 gergasi perkhidmatan telekomunikasi negara kita.

Selamat membuat pilihan.

Saturday 6 October 2012

Fakta Penting tentang Facebook

Menurut Mark Zuckerberg, pengasas dan Ketua Eksekutif Facebook :

  • Facebook kini mempunyai 1 bilion pengguna aktif bersamaan dengan satu pertujuh (1/7) penduduk dunia
  • status 'like' telah mencecah 1.13 trilion sejak dilancarkan pada Februari 2009
  • 140.3 bilion menghubungi rakan melalui laman sosial ini
  • 265 bilion gambar dimuatnaik (upload)
  • 17 bilion lokasi tag post
  • 62.6 juta lagu dimainkan sebanyak 22 bilion kali melalui facebook
  • 600 juta pengguna log in melalui alat mudah alih
Bagaimana pula kesan negatif Facebook?







Memang tidak boleh dinafikan kesan positif laman sosial ini. Penggunaan yang tidak beretika dan melampaui batas menimbulkan kesan-kesan negatif. Fikirlah, tepuk dada tanya selera.

Thursday 4 October 2012

Datin Seri Shahnaz Dedah Bekas Suami Ada III Akaun Di Luar Negara

Shahnaz ditemani oleh peguam


Datin Seri Shahnaz Abdul Majid mendedahkan bekas suami beliau, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai 111 akaun dengan jumlah deposit bernilai RM700 juta di beberapa buah negara luar termasuk AS, Eropah dan Carribean. Shahnaz yang merupakan kakak kepada Ratu Jazz, Sheila Majid ketika memberi keterangan permohanan mendapatkan tuntutan mutaahnya bernilai RM100 juta dan tuntutan harta sepencarian RM300 juta daripada bekas suami beliau, Timbalan Pengerusi CMS.

Betulkah pendedahan Datin Seri Shahnaz adalah satu persoalan, kalau betul ranking senarai individu terkaya di Malaysia akan berubah. Berita lanjut sila baca di sini dan atau sini


Datin Seri Shahnaz Abdul Majid

Monday 1 October 2012

Peruntukan Kementerian Pelajaran Dalam Bajet 2013



Pelajaran telah diperuntukkan sebanyak RM38.7 bilion meliputi peruntukan mengurus dan pembanguan. Di samping RM38.7 bilion, Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan berikut:

  • RM1 bilion untuk menambahbaik infrastruktur sekolah
  • RM1.2 bilion untuk pendidikan prasekolah di bawah program kerajaan termasuk PERMATA
  • RM380 juta untuk penempatan guru prasekolah Kementerian Pelajaran
  • RM10,000 geran pelancaran kepada Operator Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak Swasta untuk pembukaan taska baru
  • RM3.7 bilion untuk latihan teknikal dan vokasional
  • RM200 juta untuk penubuhan Graduate Employ Ability Taskforce
  • RM500 juta untuk peningkatan kemahiran guru dalam pengajaran subjek teras.
  • 6 Projek Rintis taska OKU